Monday, November 7, 2011

Bila Hati Berbicara dan Tangan Bertindak...

Di kala ini A amat serabut dengan segala macam perkara yang menggangu kotak fikirannya..

Jika tiada Iman, A sudah pasti dirinya berada dalam keadaan yang amat mengayat hati... A tahu dan amat tahu ini semua adalah ujian dan takdir yang harus beliau terima... Tetapi tidak tahu mengapa dan x jumpa pula formula untuk keluar dari lembah kegelapan tersebut... A seolah-olah lemas dan hilang dalam usaha mencari dirinya, beliau juga seolah-olah kalah dengan situasi yang beliau ciptakan...

A kadangkala seakan-akan telah berjumpa dengan kekuatan yang beliau dambakan selama ini tapi sayang keadaan itu jarang bertahan lebih lama... A tewas lagi... A pasrah, tetapi dalam hatinya tersimpan satu rasa yang amat pedih untuk diceritakan... Entah di mana silap A hingga begini tragis liku-liku hidup yang perlu diharungi

Jika persoalan mengapa ini semua terjadi difikirkan secara mendalam, sudah pasti A tidak akan berjumpa dengan penghujung cerita tersebut kerana bahawasanya kehidupan ini telah direncanakan dengan lengkap dan komprehensif oleh PenciptaNya... Apa yang telah terjadi adalah kesan daripada tindak tanduk A sebelum ini. Mungkin terdapat beberapa tindakan A yang memerlukan muhasabah diri dan perlu diperbetulkan...

Tugas A hanyalah berdoa kepada Tuhan semesta alam untuk beroleh kejayaan dan bertemu dengan asal masalah kepada masalah tersebut... Kepada yang lain-lain teruskan sokongan kalian untuk membantu A, after all kita hidup di dunia perlu tolong menolong di antara satu sama lain... We have never given a space to live alone in this world.

Untuk A, jangan cepat putus asa, teruskan usaha anda, pasti ada sinar bahagia yang menunggumu di hujung jalan sana. Anda perlu lebih kuat A.

Live has never been easy, therefore find your strength, normally it is just in YOU...


~ Chill~



1 comment: